Dilahirkan di Bachok, Kelantan,latar belakang pendidikan Awang Adek bermula di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.